Susu Kambing DHA

Susu Kambing DHA

Saturday, November 5, 2011

Sejarah Susu Kambing



Salam syg2 semua...
Jom kite baca sal sejarah susu kambing ni yer...
sgt2 bagus bagi mengingatkan kite kembali kepada sunnah Rasulullah SAW...sama2lah kite mengamalkannya..

NABI ADAM A.S

Bermulanya human civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM A.S

Merupakan penternak kambing yang agung.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA
A.S

Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW


Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith - Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.




Mahatma Gandhi juga mengamalkan minum susu kambing

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Malaikat Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

AMALAN PARA NABI DAN RASUL

Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi kenderaan kita di Syurga nanti. Jadi jika anda beriltizam dan beristiqamah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulullah SAW, di samping itu tentu tinggi khasiatnya.

AMALAN SUNNAH

Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggalkan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari "Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yang ditinggal-tinggalkan orang".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala (InsyaAllah).

DINASTI CHINA

2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

AGAMA HINDU

Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
  • Meningkatkan Daya Ingatan
  • Ketahanan Badan
  • Amalan Perubatan

Dan semua ini membukti susu kambing adalah satu rahmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk memiliki segala kebaikan serta manfaat yang ada padanya bagi memudahkan manusia itu mentadbir diri, keluarga serta alam ini dengan ringkasnya sebagai khalifah di muka bumi. Marilah kita sama2 mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. So,tggu apa lagi, dapatkan segera susu kambing dha ngan ina yer..:-)

No comments:

Post a Comment