Susu Kambing DHA

Susu Kambing DHA

Wednesday, November 2, 2011

Manfaat susu kambing bagi Ibu hamil & menyusu

Manfaat Ibu Hamil

Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang ibu makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda semua. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, ibu2 bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang ibu2 makan.Susu kambing juga dapat mencegah baby dari jangkitan demam kuning semasa lahir nnt.

Manfaat Ibu Menyusu

Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.


Baguskan susu kambing ni...so, bg ibu2 yang mengandung di luar sana jom kita minum susu kambing ni yer, insy badan akan bertenaga dan alahan mengandung pun akan hilang...baby pun akan sihat, cergas dan pintar...;-) Berikan yang terbaik untuk anak anda!

No comments:

Post a Comment